RSS

Orang kata………tetapi sebenarnya…..

1. Orang kata jadi cikgu ada banyak cuti tetapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa guru mendapat cuti penggal sekolah kerana cikgu tidak ada cuti rehat seperti mana pegawai kerajaan lain. Namun ada lagi kerana mengikut Pekeliling KPM, guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua semasa cuti sekolah untuk menjalankan tugas selain mengajar.

2. Orang kata jadi cikgu senang sebab waktu kerja setengah hari saja tetapi sebenarnya mereka tidak tahu waktu kerja cikgu sebenarnya tidak berakhir pada pukul 1 petang atau 6 petang malah sehingga ke larut malam. Loceng akhir sekolah mungkin berbunyi pada pukul 12.40 pm dan cikgu boleh balik ke rumah, tetapi kemudian seringkali cikgu dikehendaki turun ke sekolah semula untuk mengendendalikan pelbagai aktiviti kokurikulum, mesyuarat, pertandingan dan macam-macam lagi. Balik ke rumah semula pukul 5 atau pukul 6 petang. Waktu malam pula kerja-kerja masih menanti antaranya menyemak buku pelajar, membuat rancangan mengajar, menyediakan alat bantu mengajar, mengisi boring-borang seperti maklumat murid. Akhirnya pukul 10 pm, pukul 11 malam barulah selesai (itupun kadang-kadang tidak dapat diselesaikan dan terpaksa dibawa ke hari seterusnya.)

3. Orang kata jadi cikgu senang kerana berhadapan dengan para pelajar yang lebih mudah menurut kata berbanding kerja di sektor lain yang terpaksa berhadapan dengan orang dewasa yang lebih degil, ego, dan sentiasa mementingkan harga diri. Tetapi sebenarnya mereka terlupa bahawa berhadapan dengan pelajar adalah lebih sukar kerana di belakang setiap pelajar adalah ibu bapa, masyarakat, organisasi yang besar-besar, undang-undang negara yang mana rata-rata akan membela pelajar dan menyalahkan cikgu.

4. Orang kata cikgu sekarang tidak ikhlas dengan kerja dan jadi cikgu kerana nak dapat gaji sahaja tetapi sebenarnya mereka tidak tahu cikgu sentiasa mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Cikgu membeli pen merah, pen biru, marker, kad manila, dakwat pencetak untuk mencetak latihan, kertas peperiksaan, dan pelbagai alat tulis lain malah kadang-kadang fotostat latihan-latihan untuk para pelajar kerana pelajar tidak mahu mengeluarkan wang sendiri. Cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri.


Begitulah beberapa situasi yang sering diperkatakan orang di 'luar' dan hakikat yang berlaku dalam tugas seorang cikgu. Ini bukan untuk melemahkan semangat mereka yang hendak menyertai profesyen keguruan tetapi agar mereka sedar dan tahu apa yang bakal mereka hadapi. Masyarakat di luar juga diharap lebih memahami dan menghargai perjuangan cikgu-cikgu kita.

1 comments:

Anonymous said...

Best Football Betting Sites in South Africa 2021 - LegalBet
Bet on all the Football leagues & competitions in 퍼스트 카지노 South Africa. Get your bet credits up カジノ シークレット to the date on who you 1xbet think will win. Bet with legalBet in South Africa!

Post a Comment