RSS

Syarat kelayakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan KPLI J-QAF

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah untuk membantu mereka yang berminat memohon KPLI. (Namun bagi saya apa sekalipun syarat yang terutama seseorang guru perlu mempunyai 'bakat' dan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.)


1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah bertaraf warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan.
1.2 Umur
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1974
1.3 Kelayakan Akademik
a. Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/ institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
b. Ijazah Sarjana Muda yang telah diiktiraf oleh kerajaan pada tarikh iklan permohonan.
c. Memiliki Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dan lulus ujian lisan di dalam satu sijil atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dengan syarat lulus ujian lisan.
d. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau bidang yang berkaitan.

2. SYARAT TAMBAHAN
2.1 Calon yang telah memiliki ijazah pada tahun 2007 dan tahun sebelumnya sahaja yang layak memohon.
2.2 Calon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
2.3 Calon yang mohon bidang pengajian Sains atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

3. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
3.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan, Diploma Dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Peguruan atau Sijil Perguruan.
3.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti.
3.3 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
3.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
3.5 Calon yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
3.6 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahagunaan dadah atau jenayah.
3.7 Calon yang mengidap penyakit kronik.

4. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEPENUH MASA
4.1.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil. Kod Baru Bidang
1 A110M0000P Bahasa Melayu
2 A110E0000P Bahasa Inggeris
3 A110C0000P Bahasa Cina
4 A110T0000P Bahasa Tamil
5 A111M0000P Matematik
6 A111S0000P Sains
7 A114K0000P Kemahiran Hidup
8 A115A0000P Pendidikan Agama Islam
9 A116C0000P Kajian Sosial
10 A116J0000P Pendidikan Jasmani
11 A116V0000P Pendidikan Seni Visual
12 A117B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
13 A117C0000P Pemulihan Khas
14 A117K0000P Bimbingan dan Kaunseling
15 A117M0000P Pendidikan Muzik



4.2 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH j-QAF.
4.2.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil. Kod Bidang
1 A210A0000L Bahasa Arab
2 A215A0000L Agama Islam
3 A217C0000L Pendidikan Pemulihan j-QAF


5. CARA MEMOHON
5.1 Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my
Permohonan untuk mengikuti program tersebut hanya boleh dibuat secara Dalam Talian (on-line) sahaja.
5.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin ini.
5.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
5.4 Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan
5.5 Maklumat permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak
5.6 Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mendapatkan borang permohonan dan memohon melalui Jabatan Pendidikan Khas (JPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2, Blok E2 Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Sebarang pertanyaan hendaklah menghubungi JPK melalui talian telefon 03-88849188, 03-88849160, 03-88849179. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui Jabatan Pendidikan Khas untuk dipanjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.

6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
6.1 Calon yang memenuhi syarat permohonan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan asas dan syarat tambahan sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Pemilihan Guru Malaysia. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Iijazah untuk maklumat lanjut.
6.2 Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.3 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan perkhidmatan dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada Ketua Jabatan semasa temu duga.
6.4 Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF ini dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.
6.5 Maklumat mengenai status permohonan dan panduan permohonan secara Dalam Talian (on-line) bagi kursus tersebut boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL, http://www.moe.gov.my
6.6 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
6.7 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.
6.8 Calon yang ditawarkan tempat berkursus dan setelah tamat pengajian adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
6.9 Calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di institut pendidikan guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

7.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
-

8.PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya.

9.IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang berjaya ditawarkan dan menyempurnakan kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

10. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )

Nombor Telefon :
03-88841233
03-88841235
03-88841245
03-88841258
03-88841260


Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Maktab Perguruan Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

1 comments:

Siti said...

salam
syarat nya hanya lepasan ijazah 2007 dan sebelum shja??benarkah??
saya lepasan ijazah sarjana muda tahun 2011
boleh atau tidak untuk memohon???

Post a Comment