RSS

Kursus Perguruan Lepasan SPM (kplspm)

Permohonan kursus perguruan lepasan SPM (kplspm) ambilan julai 2009 di buka sekarang sehingga 22 mac 2009. Sesiapa yang berminat sila membuat permohonan segera. Untuk keterangan lanjut :
http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang cikgu

Hari ini dunia pendidikan sangat mencabar, ramai cikgu yang pening kepala memikirkan

Tonggak 12

1. MENGHARGAI MASA

AMALAN POSITIF

  • Menepati Masa Menyegerakan Tugas
  • Mempunyai perancangan waktu
  • Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
  • Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif
  • Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
  • Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

AMALAN NEGATIF

  • Berbual-bual kosong
  • Tidak menyegerakan tugas
  • Tidak ada sense of urgency
  • Tidak merancang pekerjaan
  • Tidak ada prioriti
  • Melayan tetamu yang tidak berkenaan
  • Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi
  • Membuat kerja peribadi di pejabat
  • Berniaga di waktu pejabat
  • Membuat kerja yang tidak mustahak
  • Ke kantin dalam waktu bertugas
  • Tidak peka kepada pembaziran masa

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

AMALAN POSITIF

  • Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
  • Rajin dan sentiasa berusaha
  • Tekun dalam menjalankan tugas
  • Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
  • Berpandangan jauh
  • Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah
  • Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
  • Sanggup berkorban
  • Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
  • Tidak patah semangat
  • Bercita-cita tinggi

AMALAN NEGATIF

· Mudah tersinggung

· Kurang berdisiplin

· Mudah putus asa

· Tidak tekun

· Mudah mengalah

· Tidak bercita-cita tinggi

· Tidak bersemangat

· Tidak tahan kena marah

· Tidak ada inisiatif

· Tidak kreatif

· Suka bertangguh

· Sentiasa menunggu arahan

3. KESERONOKAN BEKERJA

AMALAN POSITIF

  • Menganggap kerja sebagai ibadat
  • Mempunyai inisiatif sendiri
  • Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
  • Mempunyai komitmen terhadap kerja
  • Sedia memberi kerjasama

AMALAN NEGATIF

· Menganggap kerja sebagai beban

· Tidak komited

· Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua

· Tidak diberi masa yang mencukupi

· Kerja tidak diiktiraf

· Hanya menunggu arahan

· Tidak berdisiplin

· Tidak suka menolong

· Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar

· Tiada peluang untuk meningkat

· Tidak dipercayai dan selalu dicurigai

4. KEMULIAAN DAN KESEDERHANAAN

AMALAN POSITIF

  • Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
  • Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
  • Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
  • Bersifat pemaaf dalam pergaulan-Boleh menerima teguran
  • Berlaku adil dalam semua tindakan
  • Menepati janji-
  • Media menerima cadangan dan nasihat
  • Jujur dan ikhlas
  • Merendah diri
  • Bijaksana dalam membuat pertimbangan
  • Bermaruah dan berhemah tinggi
  • Berjimat cermat
  • Cermat dalam kata-kata
  • Tidak memperagakan kemewahan
  • Mesra dalam pergaulan-Senang didampingi oleh semua pihak

AMALAN NEGATIF

  • Menonjol-nonjolkan diri
  • Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic
  • Berkelakuan mengada-ngada
  • Sombong dan meninggi diri
  • Menyukarkan persoalan yang mudah
  • Memperbesar-besarkan perkara kecil
  • Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi
  • Berlebih-lebihan mengapu ketua
  • Memperagakan kemewahan dan kedudukan
  • Membazir dan merosakkan harta kerajaan
  • Kerap menghias diri di pejabat
  • Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal

5. KETINGGIAN PERIBADI

AMALAN POSITIF

· Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan

· Menyempurnakan rugas dengan amanah

· Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab

· Berilmu dan berpengetahuan luas

· Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan

· Sedia berkorban-Berlumba-lumba membuat kebajikan

· Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan

· Bersifat penyayang

· Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran

· Bertimbang rasa tetapi tegas

· Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan

· Taat setia dan patuh kepada arahan

· Bersyukur dan menghargai kebajikan

· Bersih daripada sifat dengki

· Berani dan berpendirian teguh

· Bertanggungjawab dan sedia berbakti-Jimat cermat dalam segala aspek

· Tertib dan baik budi

· Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas

AMALAN NEGATIF

  • Selalu berpura-pura dalam tindakan
  • Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk
  • Sukar untuk membuat kebajikan
  • Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
  • Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan
  • Gopoh dalam bertindak
  • Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan
  • Mungkir janji
  • Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain
  • Pemarah dan tidak sabar-Khianat dalam melaksanakan tugas
  • Berdendam serta hasad dengki
  • Bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri
  • Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaiki
  • Mementingkan diri sendiri
  • Lembab dan malas berusaha
  • Pengotor dan selekeh dalam pembawaan
  • Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
  • Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri
  • Suka membuat janji palsu
  • Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan
  • Percaya pada tahayul
  • Memfitnah orang lain
  • Suka mengintip salah silap orang
  • Tidak ada pendirian tetap
  • Tidak berdisiplin

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

AMALAN POSITIF

  • Bersopan santun setiap masa
  • Pemaaf dan berhemah tinggi
  • Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
  • Ikhlas dan bertimbang rasa
  • Pemurah dalam usaha kebaikan
  • Mudah mesra dan bekerjasama
  • Merendah diri
  • Berbudi mulia
  • Boleh menerima teguran
  • Berlaku adil dalam semua tindakan
  • Sedia menerima cadangan

AMALAN NEGATIF

  • Kasar dan kurrang sopan
  • Berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan
  • Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat
  • Tidak bertimbang rasa mementingkan diri sendiri
  • Sombong, bongkak dan membesar-besarkan diri
  • Bermuka-muka
  • Cepat menuduh tanpa siasatan
  • Suka mencaci
  • Suka menghina orang
  • Tidak boleh menerima kritikan
  • Cepat membuat kritikan

7. PENGARUH TELADAN

AMALAN POSITIF

  • Sentiasa berkelakuan baik
  • Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
  • Bermoral dan berakhlak tinggi tertib dan beradab sepanjang masa
  • Rajin dan kuat bekerja
  • Amanah dan bertanggungjawab
  • Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
  • Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
  • Berpandangan jauh
  • Berdisiplin dalam semua tindakan
  • Sanggup berkorban setiap ketika
  • Sederhana dalam tindakan dan tutur kata
  • Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
  • Berbudi mulia serta merendah diri
  • Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
  • Bersih hati dan fikiran

AMALAN NEGATIF

· Buruk perangai dan tingkahlaku

· Jahil dan tidak suka membaca

· Hasad dengki dan buruk sangka

· Mempersendakan agama

· Kedekut dan bakhil

· Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab

· Suka mengumpat dan mengadudomba

· Terlalu sensitif dan cepat merah

· Tidak kenal budaya sendiri

· Hiprokrit serta berpura-pura

· Tidak berpandangan jauh

8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

AMALAN POSITIF

· Sentiasa bertanggunngjawab terhadap tugas yang diberi

· Tekun dan sabar menjalankan tugas

· Selalu mempunyai inisiatif sendiri

· Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas mementingkan kualiti

· Cergas dan pantas bekerja

· Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara

· Accountable Sentiasa belajar dari kesalahan

· Bersikap profesional dan cekap

AMALAN NEGATIF

· Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab

· Tidak boleh diharap

· Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas

· Tidak taat kepada arahan

· Tidak bersungguh-sungguh

· Suka bertangguh

· Mengelak daripada tanggungjawab

· Tidak peka kepada kualiti

· Menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri

· Bekerja sambil lewa

· Tidak cermat dengan harta kerajaan

· Sentiasa membuat kesilapan kerja

· Tidak ikut peraturan

· Mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar

· Tidak suka membantu rakan sejawat

· Berniaga di waktu pejabat

9. KEBAJIKAN BERHEMAT

AMALAN POSITIF

· Berhati-hati bila berbelanja

· ‘Accountable’

· Tidak membazir harta kerajaan

· Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

· Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik

· Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan

· Mngadakan sistem kewangan yang berkesan menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

AMALAN NEGATIF

· Boros dan suka membazir

· Memperaga kehebatan dan kemewahan

· Suka bermewah dengan harta kerajaan

· Tidak cermat dengan harta kerajaan

· Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya

· Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam

10. KEUTAMAAN KESABARAN

AMALAN NEGATIF

· Selalu mengubah pendirian dan keputusan

· Tidak sanggup berkorban

· Takutkan cabaran

· Cepat mengalah

· Berpandangan sempit

· Tidak tahan menghadapi kesusahan

· Tidak bertanggungjawab

AMALAN POSITIF

· Tenang menghadapi masalah rumit

· Mempunyai perhitungan jauh

· Tahan menerima cabaran

· Tidak putus asa

· Pemaaf dan berhemag tinggi

· Cermat dalam tutur kata

11. PENINGKATAN BAKAT

AMALAN POSITIF

· Memberi dorongan terhadap kreativiti

· Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original

· Memberi galakan kepada pemikiran baru

· Berani mencuba idea-idea baru

· Mengenal bakat-bakat yang ada

· Memupuk bakat-bakat yang ada

· Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif menggalakkan percambahan fikiran

· Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif.

AMALAN NEGATIF

· Menyekat pemikiran baru

· Tidak menggalakkan percubaan

· Takut mencuba sesuatu yang baru

· Tidak menghargai bakat yang ada

· Memperkecilkan usaha-usaha original

· Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti

· Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. NIKMAT MENCIPTA

AMALAN POSITIF

· Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan

· Sentiasa berada dalam cabaran intelektual

· Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah

· Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran

· Senang bermain dengan idea dan berani mencuba

AMALAN NEGATIF

· Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada

· Takut menemui kegagalan memandang remeh usaha orang lain

· Pemikiran tidak dinamik

· Mempertahankan status quo secara membuta tuli

· Tidak suka pembaharuan

· Tidak sabar dalam penciptaan baru

Orang kata………tetapi sebenarnya…..

1. Orang kata jadi cikgu ada banyak cuti tetapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa guru mendapat cuti penggal sekolah kerana cikgu tidak ada cuti rehat seperti mana pegawai kerajaan lain. Namun ada lagi kerana mengikut Pekeliling KPM, guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua semasa cuti sekolah untuk menjalankan tugas selain mengajar.

2. Orang kata jadi cikgu senang sebab waktu kerja setengah hari saja tetapi sebenarnya mereka tidak tahu waktu kerja cikgu sebenarnya tidak berakhir pada pukul 1 petang atau 6 petang malah sehingga ke larut malam. Loceng akhir sekolah mungkin berbunyi pada pukul 12.40 pm dan cikgu boleh balik ke rumah, tetapi kemudian seringkali cikgu dikehendaki turun ke sekolah semula untuk mengendendalikan pelbagai aktiviti kokurikulum, mesyuarat, pertandingan dan macam-macam lagi. Balik ke rumah semula pukul 5 atau pukul 6 petang. Waktu malam pula kerja-kerja masih menanti antaranya menyemak buku pelajar, membuat rancangan mengajar, menyediakan alat bantu mengajar, mengisi boring-borang seperti maklumat murid. Akhirnya pukul 10 pm, pukul 11 malam barulah selesai (itupun kadang-kadang tidak dapat diselesaikan dan terpaksa dibawa ke hari seterusnya.)

3. Orang kata jadi cikgu senang kerana berhadapan dengan para pelajar yang lebih mudah menurut kata berbanding kerja di sektor lain yang terpaksa berhadapan dengan orang dewasa yang lebih degil, ego, dan sentiasa mementingkan harga diri. Tetapi sebenarnya mereka terlupa bahawa berhadapan dengan pelajar adalah lebih sukar kerana di belakang setiap pelajar adalah ibu bapa, masyarakat, organisasi yang besar-besar, undang-undang negara yang mana rata-rata akan membela pelajar dan menyalahkan cikgu.

4. Orang kata cikgu sekarang tidak ikhlas dengan kerja dan jadi cikgu kerana nak dapat gaji sahaja tetapi sebenarnya mereka tidak tahu cikgu sentiasa mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Cikgu membeli pen merah, pen biru, marker, kad manila, dakwat pencetak untuk mencetak latihan, kertas peperiksaan, dan pelbagai alat tulis lain malah kadang-kadang fotostat latihan-latihan untuk para pelajar kerana pelajar tidak mahu mengeluarkan wang sendiri. Cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri.


Begitulah beberapa situasi yang sering diperkatakan orang di 'luar' dan hakikat yang berlaku dalam tugas seorang cikgu. Ini bukan untuk melemahkan semangat mereka yang hendak menyertai profesyen keguruan tetapi agar mereka sedar dan tahu apa yang bakal mereka hadapi. Masyarakat di luar juga diharap lebih memahami dan menghargai perjuangan cikgu-cikgu kita.

Syarat kelayakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan KPLI J-QAF

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah untuk membantu mereka yang berminat memohon KPLI. (Namun bagi saya apa sekalipun syarat yang terutama seseorang guru perlu mempunyai 'bakat' dan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.)


1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah bertaraf warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan.
1.2 Umur
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1974
1.3 Kelayakan Akademik
a. Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/ institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
b. Ijazah Sarjana Muda yang telah diiktiraf oleh kerajaan pada tarikh iklan permohonan.
c. Memiliki Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dan lulus ujian lisan di dalam satu sijil atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dengan syarat lulus ujian lisan.
d. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau bidang yang berkaitan.

2. SYARAT TAMBAHAN
2.1 Calon yang telah memiliki ijazah pada tahun 2007 dan tahun sebelumnya sahaja yang layak memohon.
2.2 Calon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
2.3 Calon yang mohon bidang pengajian Sains atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

3. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
3.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan, Diploma Dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Peguruan atau Sijil Perguruan.
3.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti.
3.3 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
3.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
3.5 Calon yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
3.6 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahagunaan dadah atau jenayah.
3.7 Calon yang mengidap penyakit kronik.

4. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEPENUH MASA
4.1.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil. Kod Baru Bidang
1 A110M0000P Bahasa Melayu
2 A110E0000P Bahasa Inggeris
3 A110C0000P Bahasa Cina
4 A110T0000P Bahasa Tamil
5 A111M0000P Matematik
6 A111S0000P Sains
7 A114K0000P Kemahiran Hidup
8 A115A0000P Pendidikan Agama Islam
9 A116C0000P Kajian Sosial
10 A116J0000P Pendidikan Jasmani
11 A116V0000P Pendidikan Seni Visual
12 A117B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
13 A117C0000P Pemulihan Khas
14 A117K0000P Bimbingan dan Kaunseling
15 A117M0000P Pendidikan Muzik



4.2 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH j-QAF.
4.2.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil. Kod Bidang
1 A210A0000L Bahasa Arab
2 A215A0000L Agama Islam
3 A217C0000L Pendidikan Pemulihan j-QAF


5. CARA MEMOHON
5.1 Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my
Permohonan untuk mengikuti program tersebut hanya boleh dibuat secara Dalam Talian (on-line) sahaja.
5.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin ini.
5.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
5.4 Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan
5.5 Maklumat permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak
5.6 Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mendapatkan borang permohonan dan memohon melalui Jabatan Pendidikan Khas (JPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2, Blok E2 Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Sebarang pertanyaan hendaklah menghubungi JPK melalui talian telefon 03-88849188, 03-88849160, 03-88849179. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui Jabatan Pendidikan Khas untuk dipanjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.

6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
6.1 Calon yang memenuhi syarat permohonan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan asas dan syarat tambahan sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Pemilihan Guru Malaysia. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Iijazah untuk maklumat lanjut.
6.2 Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.3 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan perkhidmatan dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada Ketua Jabatan semasa temu duga.
6.4 Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF ini dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.
6.5 Maklumat mengenai status permohonan dan panduan permohonan secara Dalam Talian (on-line) bagi kursus tersebut boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL, http://www.moe.gov.my
6.6 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
6.7 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.
6.8 Calon yang ditawarkan tempat berkursus dan setelah tamat pengajian adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
6.9 Calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di institut pendidikan guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

7.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
-

8.PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya.

9.IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang berjaya ditawarkan dan menyempurnakan kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

10. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )

Nombor Telefon :
03-88841233
03-88841235
03-88841245
03-88841258
03-88841260


Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Maktab Perguruan Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045